2.Ekonomi.
Zaman sekarang, di mana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatang duit. Membuat blog yang boleh menhasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendaptan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ahli perniagaan. terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya anda boleh bina blog menarik dan mengemaskininya dari semasa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan di mana mereka memberi anda komisen atau menjual ruang blog kepada sessiapa yang berminat pada harga yang tinggi( sudah tentu bukan blog peribadi anda) Lebih baik lagi, jika anda sudah begitu profesional dalam dunia blog. mungkin anda boleh mempertimbangkan menjadi Problogger. jangan terperanjat kerana Problogger ini telah menjadi satu kerjaya yang mampu menjana pendapatan lumayan, Percayalah...!
3. Diari
Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum perempuan. tetapi lelaki juga ada yang mempunyai diari. kita mungkin boleh mengingati hal-hal yang berlaku hari ini atau semalam, namun hal-hal yang berlaku pada bulan lalu atau setahun lalu? Sudah tentu sukar bukan...?. Inilah masanya BLOG memainkan peranan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dicatatkan.
4. Benchmark
Blog juga mempunyai fungsi besar tanpa disedari iaitu Kayu Pengukur (benchmark) tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dalu atau bertambah baik...
? Adakah kita masih berangan tak sudah-sudah seperti dulu tanpa melakukan apa-apa? adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita dua atau tiga tahun dulu? Sekiranya kita masih sama seperti beberapa tahun dahulu, eloklah kita buat sedikit perubahan . Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dulu, besyukurlah! Blog boleh memnjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan mungkin bakal anda rancangkan satu hari nanti.
5. PORTFOLIO
Sesetengah Blogger akan menghantar pos berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan atau
tentang minat atau hobi mereka. Contohnya, seorang pereka grafik akan menghantar pos Artwork terkini atau kerjakerja bebas. Seseorang yang bekerja dalam bidang penulisan mungkin akan pos sajak atau puisi, manakala arkitek muda pula bercerita di dalam posnya tentang bangunan terkini yang sedang direkabentuk beserta serba sedikit gambar lukisannya.
Katakan, pada suatu hari sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan segera dan menawarkan gaji yang lumayan. Lalu diiklankan di
6. Kenalan
Kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama-sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang paling mudah dan sesuai. Blog !. kita buat buat satu pos di dalam blog menceritakan tentang sekoalah kita, kolej atau university. Atau cerita tentang memori kita ketika belajar dan kenangan
menarik yang pernah berlaku ketika itu. Ditakdirkan tuhan, salah seorang teman karib kita yang sekian lama terputus hubungan telah menemui blog kita melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah atau nama egroupi kita semasa belajar. Alangkah seronoknya! Selain itu, kita juga boleh terus berhubung terus rakan-rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain. dan diberikan komen. Maka rantaian kawan-kawan ini tidak terputus dan berkembang hari demi hari.
7. KOMUNIKASI
Percayakah anda. dengan memblog setiap hari boleh menambahkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi. Sebahagian besar penulis blog membuat pos berdasarkan satu-satu isu semasa. Mereka akan menulis pendapat mereka di blog sama ada dengan emosi atau dengan kajian terperinci. la sedikit sebanyak juga akan meningkatkan kemahiran menulis mereka. Seterusnya seperti biasa. pasti ada yang kurang setuju dengan pendapat anda. lalu mereka mempersoalkan apa yang anda tulis. Menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dengan hujah-hujah dapat menguatkan keyakinan diri.
Berbahas di alam maya seperti kita berdebat dengan orang yang tidak dikenali [anonymous]. Disini bukan sahaja kita diuji membalas komen dengan hujahan yang baik, kadang-kala ada yang berbahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan-Iahan tanpa kita sedari. kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.
8. MINAT
Minat atau bakat boleh disalurkan ke Blog.
Jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu, video dan apa jua sekali pun, tulislah diblog anda setiap hari atau bila mana anda mahu. Biarkan sesiapa membacanya dari minat dan bakat anda terbiar begitu saja. blog member ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang kadangkala tidak di tempatkan di dunia sebenar. Jika tidak memuaskan hati individu lain sekali pun, paling tidak ia memuaskan hati anda sendiri. Atau jika anda amat meminati muzik? Bermain gitar sekadar suka-suka.Rakamkan, kemudian Upload di blog anda. biarkan orang lain menikmati melodi yang anda hasilkan.
9. MENJUAL DIRI!
Oh tidak!!! Jangan salah sangka!!! Menjual diri bukan bermakna menjual maruah diri.
Menjual diri disini ialah mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. IImu anda. kepakaran anda, kemampuan diri anda. Jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda. peluang mendapat kerja sampingan untuk menambah sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan. Terlalu banyak peluang yang boleh direbut. Mulakan hari ini.
10.ILMU
Bukan niat, untuk meletakkan ilmu sebagai sebab terakhir. Sebaliknya inilah sebab utama yang terbaik untuk anda Blog. Seorang doktor akan mengepos tentang tip-tips kesihatan ataupun info-info penyakit semasa. Seorang pakar sistem komputer pula Blog tentang bidang kerjanya diselang-selikan dengan tips-tips komputer, juga cara-cara mengatasi dan membaik pulih masalah komputer yang berlaku. 
Seorang peguam pula menceritakan bagaimana hendak mendakwa orang-orang tidak bertanggungjawab mencuri entelectual Propertiesi di blognya. Seorang novelis tersohor pula berkongsi ilmu cara-cara bagaimana mahu menulis novel.
Menarik bukan? Setiap orang akan Blog tentang hal yang mereka tahu dan ianya adalah ilmu.Bayangkan betapa banyaknya ilmu di blog-blog serata dunia
Tidak kiralah sama ada kita orang yang memerlukan pengetahuan tersebut atau menyampaikan i1mu kepada orang lain. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara yang baik.
Itu hanya 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog, bahkan ia boleh jadi lebih daripada itu. Maka, tiada ruginya anda mempunyai Blog. Mulakannya hari ini!
