pening2...cube bincang pasal kenaikan harga minyak ke, kenaikan gaji ke, kire ok la tu...ape la manusia zaman sekarang,

(4 jun - 17 jun 08)
salam, sape die nih....?
haaaa, start ni da mula tak best, semua yang jahat2 semua kluar...ape la perasaan die buat macm tu, kalau tak nak...bagi tau la awal2...kite pun tak de la sakit ati...ape la perempuan zaman sekarang nih,,,pening la, yang cantik pun macam tu, yang kurang lawa pun macam tu...aku tak paham...
Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
`Knowledge exists potentially in the human soul like the seed in the soil; by learning the potential becomes actual.'
Imam Al-Ghazali
________________________________________
Memang ALLAH sengaja....
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah
keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan
laranganNYA. .
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan
HANYA kepada-NYA.
________________________________________
PANAS!! PANAS!!.... Hai All, tujuan aku post thread ni nak share ngan korang bagi yang penah ader pengalaman kawan-kawan berperangai atau sesiapa yg penah terkena camni.. Harap leh laa kita share sama sama k...
1) Dia org suka simpan koleksi gmbr ex boyfriend2 diorg.
2) Diorg akan bercerita pasal boyfriend2 diaorg pd kwn atau adik beradik yg paling rapat..
3) Bila ader problem (gaduh ngan dia) akan ada sorang kawan dia yang paling rapat datang/ call bgtau kat kita betapa cinta dan sayangnya girlfriend kita ni kat kita....
4) Kalo kebetulan dua-dua (atau tiga-tiga atau sebagainya) boyfriend ajak keluar mesti dia terer belit (helah/tipu), gi bawak mak beli barang la, gi umah sedara la, antar nenek gi klinik la dan sebagainya.....
5) Mesti off handphone or silent mode (atau tukar sim card ) bila kita kuar ngan dia.
6) Kalau kuar pegi makan mesti nak dok tempat private takut ada yang ternampak, tapi kalau shopping ok je.. (kan......)
7) Selalu bad mood, saja nak cari pasal.. pastu senang nak kuar ngan boyfiend lain. (then,off handphone atau x jawab kononnya marah sgt dgn kita)..
8) Kalau nak jumpa parents dia, antara alasannya:-
a)"(mak atau ayah atau kedua dua nya skali) pegi balik kampung melawat pakcik sakit...
b)"Parents i pegi bercuti....
c)"Nanti i bgtau hari sesuai...
d)"La... nape u x bgtau awal, parents i dah balik UK dah... (kononnya parents tinggal kt oversea)
dan sebagainya....
9)Dalam handphone dia mesti ader byk koleksi gambar, kalau kantoi akan keluar laa ayat mcm ni:-
a) "alaaa itu adik angkat i laa, itu pun u nak jealous.." ( ko dia tak angkat ke??)
b) "relaks laa... i punya schoolmate dulu laa"..( relaks katanya....)
c)"boleh tak u openminded sikit jgn kuno sangat".....( openminded pale hotak ko, kita ni org melayu beb.)
d)"alaa parents i pun kenal dia , yang u nak kecoh-kecoh apasal?? ( ape kena mengena parents ko kenal ke tak ni??)
dan sebagainya...
10)Kalau belakon menangis perghhhh kalah Erra Fazira, Fasha Sandha (sampai kita tersandar), Ogy Ahmad Daud dan lain lain(korang pikir laa sapa lagi..)..
Kepada wanita-wanita,
Lebih kurang begitu laa ciri2 nya, so bagi yang pernah buat camni taubat laa cepat.. Tak salah kalau straight to the point yang u x dapat mencintai atau menerima dia InsyaAllah dia akan faham... Bukan apa, takut nanti kena dekat orang yang otaknya "short" (x betul atau gila) masuk surat khabar plak cerita.....maklum laa mcm mcm hal skang ni..huhu
Kepada lelaki-lelaki,
Abang Nabil selalu kata aper... aaa.. "Lu pikir laa sendiri"
Kalimah Cinta
Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan tak ku gentar
Kekurangan ku terbongkar
Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari
Awal dulu
Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta
Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan
Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup
Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup
Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus
2.Ekonomi.
Zaman sekarang, di mana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatang duit. Membuat blog yang boleh menhasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendaptan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ahli perniagaan. terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya anda boleh bina blog menarik dan mengemaskininya dari semasa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan di mana mereka memberi anda komisen atau menjual ruang blog kepada sessiapa yang berminat pada harga yang tinggi( sudah tentu bukan blog peribadi anda) Lebih baik lagi, jika anda sudah begitu profesional dalam dunia blog. mungkin anda boleh mempertimbangkan menjadi Problogger. jangan terperanjat kerana Problogger ini telah menjadi satu kerjaya yang mampu menjana pendapatan lumayan, Percayalah...!
3. Diari
Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum perempuan. tetapi lelaki juga ada yang mempunyai diari. kita mungkin boleh mengingati hal-hal yang berlaku hari ini atau semalam, namun hal-hal yang berlaku pada bulan lalu atau setahun lalu? Sudah tentu sukar bukan...?. Inilah masanya BLOG memainkan peranan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dicatatkan.
4. Benchmark
Blog juga mempunyai fungsi besar tanpa disedari iaitu Kayu Pengukur (benchmark) tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dalu atau bertambah baik...
? Adakah kita masih berangan tak sudah-sudah seperti dulu tanpa melakukan apa-apa? adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita dua atau tiga tahun dulu? Sekiranya kita masih sama seperti beberapa tahun dahulu, eloklah kita buat sedikit perubahan . Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dulu, besyukurlah! Blog boleh memnjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan mungkin bakal anda rancangkan satu hari nanti.
5. PORTFOLIO
Sesetengah Blogger akan menghantar pos berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan atau
tentang minat atau hobi mereka. Contohnya, seorang pereka grafik akan menghantar pos Artwork terkini atau kerjakerja bebas. Seseorang yang bekerja dalam bidang penulisan mungkin akan pos sajak atau puisi, manakala arkitek muda pula bercerita di dalam posnya tentang bangunan terkini yang sedang direkabentuk beserta serba sedikit gambar lukisannya.
Katakan, pada suatu hari sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan segera dan menawarkan gaji yang lumayan. Lalu diiklankan di
6. Kenalan
Kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama-sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang paling mudah dan sesuai. Blog !. kita buat buat satu pos di dalam blog menceritakan tentang sekoalah kita, kolej atau university. Atau cerita tentang memori kita ketika belajar dan kenangan
menarik yang pernah berlaku ketika itu. Ditakdirkan tuhan, salah seorang teman karib kita yang sekian lama terputus hubungan telah menemui blog kita melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah atau nama egroupi kita semasa belajar. Alangkah seronoknya! Selain itu, kita juga boleh terus berhubung terus rakan-rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain. dan diberikan komen. Maka rantaian kawan-kawan ini tidak terputus dan berkembang hari demi hari.
7. KOMUNIKASI
Percayakah anda. dengan memblog setiap hari boleh menambahkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi. Sebahagian besar penulis blog membuat pos berdasarkan satu-satu isu semasa. Mereka akan menulis pendapat mereka di blog sama ada dengan emosi atau dengan kajian terperinci. la sedikit sebanyak juga akan meningkatkan kemahiran menulis mereka. Seterusnya seperti biasa. pasti ada yang kurang setuju dengan pendapat anda. lalu mereka mempersoalkan apa yang anda tulis. Menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dengan hujah-hujah dapat menguatkan keyakinan diri.
Berbahas di alam maya seperti kita berdebat dengan orang yang tidak dikenali [anonymous]. Disini bukan sahaja kita diuji membalas komen dengan hujahan yang baik, kadang-kala ada yang berbahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan-Iahan tanpa kita sedari. kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.
8. MINAT
Minat atau bakat boleh disalurkan ke Blog.
Jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu, video dan apa jua sekali pun, tulislah diblog anda setiap hari atau bila mana anda mahu. Biarkan sesiapa membacanya dari minat dan bakat anda terbiar begitu saja. blog member ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang kadangkala tidak di tempatkan di dunia sebenar. Jika tidak memuaskan hati individu lain sekali pun, paling tidak ia memuaskan hati anda sendiri. Atau jika anda amat meminati muzik? Bermain gitar sekadar suka-suka.Rakamkan, kemudian Upload di blog anda. biarkan orang lain menikmati melodi yang anda hasilkan.
9. MENJUAL DIRI!
Oh tidak!!! Jangan salah sangka!!! Menjual diri bukan bermakna menjual maruah diri.
Menjual diri disini ialah mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. IImu anda. kepakaran anda, kemampuan diri anda. Jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda. peluang mendapat kerja sampingan untuk menambah sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan. Terlalu banyak peluang yang boleh direbut. Mulakan hari ini.
10.ILMU
Bukan niat, untuk meletakkan ilmu sebagai sebab terakhir. Sebaliknya inilah sebab utama yang terbaik untuk anda Blog. Seorang doktor akan mengepos tentang tip-tips kesihatan ataupun info-info penyakit semasa. Seorang pakar sistem komputer pula Blog tentang bidang kerjanya diselang-selikan dengan tips-tips komputer, juga cara-cara mengatasi dan membaik pulih masalah komputer yang berlaku. 
Seorang peguam pula menceritakan bagaimana hendak mendakwa orang-orang tidak bertanggungjawab mencuri entelectual Propertiesi di blognya. Seorang novelis tersohor pula berkongsi ilmu cara-cara bagaimana mahu menulis novel.
Menarik bukan? Setiap orang akan Blog tentang hal yang mereka tahu dan ianya adalah ilmu.Bayangkan betapa banyaknya ilmu di blog-blog serata dunia
Tidak kiralah sama ada kita orang yang memerlukan pengetahuan tersebut atau menyampaikan i1mu kepada orang lain. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara yang baik.
Itu hanya 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog, bahkan ia boleh jadi lebih daripada itu. Maka, tiada ruginya anda mempunyai Blog. Mulakannya hari ini!
Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai BLOG...
1. Emosi
2. Ekonomi
3. Diari
4. Benchmark
5. Portfolio
6. Kenalan
7. Komunikasi
8. Minat
9. Menjual diri
10. Ilmu
huraian setiap sebab akan menyusul akan datang...
nantikanya...

